بسم الله الرحمن الرحيم

Demi masa.... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian... KECUALI orang-orang yang beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.....

Friday, February 4, 2011

......Akan Bermula Segalanya.......

Bukan mudah untuk menulis dan meluah idea di dalam blog. Rasa janggal apabila mula menaip. Namun, tuntutan zaman dan keadaan sebenarnya memaksa kita untuk mengeksploitasi dan meneroka semua yang ada. anggap ia sebagai ilmu dan pengetahuan yang diperlukan untuk menongkah arus kehidupan yang semakin mencabar. 

Sebagai seorang muslim dan generasi muda yang bakal mendepani dan memimpin dunia masa depan segala ilmu perlu dikuasai termasuk pengetahuan ICT. Situasi dunia Arab yang kian meruncing memaksa minda dan akal untuk terus berfikir mengenai hala tuju muda-mudi Islam kini. Apabila rakyat menuntut keadilan daripada pemimpin mereka, barulah pemimpin itu tersentak dan sedar tentang betapa besar dan kuatnya pengaruh masyarakat dalam kehidupan sesebuah negara. Oleh itu, setiap muslim perlu kepada ilmu yang mampu memandu mereka untuk bergerak dan menghadapi kehidupan dunia dengan adil dan bertakwa. 

Walau bagaimanapun segalanya bermula dengan niat setiap individu itu sendiri. Sekiranya permulaannya baik dan positif, pasti segalanya akan dihadapi dengan penuh kebaikan walau ujian menimpa. Jika dari awal lagi telah bersikap negatif, pasti segalanya akan menjadi bukan dan sia-sia. Hati manusia memainkan peranan penting dalam mengemudi kehidupan di dunia. Jika elok keadaannya, maka cantiklah akhlak dan budi pemiliknya serta sebaliknya. Namun, manusia kini sering leka dan alpa dengan keseronokan dan keindahan dunia yang pasti tidak kekal ini. Cahaya kemewahan serta hiburan dunia mengaburi mata mereka. Jadi segala hanya boleh diselesaikan dengan AGAMA... Itulah pentingnya kehidupan beragama kepada setiap insan.  


TEPUK DADA TANYA IMAN